Sedekah RM50 seorang, netizen kata sikit?

ENTAH kenapa, apa sahaja tentang Intan Najuwa sering tular dalam media sosial termasuk majlis tahnik anak perempuannya, Lunara Imane baru-baru ini.

Pada majlis yang diadakan secara tertutup dan serba ringkas itu, Intan dan suami menjemput sekumpulan anak-anak dari sebuah sekolah tahfiz.

Memang sejuk sahaja hati Diva melihat majlis tersebut. Iyalah tiada unsur menunjuk-nunjuk kemewahan atau sebarang perkara menyakitkan mata.

Dalam video yang dikongsi Intan, suaminya turut memberi sedekah kepada anak-anak tahfiz yang hadir, namun ada pula yang mempertikai perkara tersebut dalam ruangan komen.

Kata mereka, amaun RM50 yang diberikan kepada setiap seorang anak tahfiz terlalu sedikit.

Tidak berdiam diri, Intan dengan nada berseloroh membalas komen individu tersebut dengan ‘swag’ yang tersendiri.

Eh, orang lain yang sedekah, kau pula sibuk nak tentukan berapa,” balasnya dengan emoji ketawa.

Ramai yang menyokong Intan malah berpendapat, jumlah tersebut mungkin sedikit bagi segelintir individu tetapi cukup untuk golongan memerlukan.

Netizen pun, perkara sebegitu pun hendak dipertikai. Cubalah sekali-sekala jadi manusia positif.

Diva: Sampai sekarang Diva terkesima dengan hiasan dalaman bilik Lunara Imane

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok