Sejahat-jahat seorang ibu, dia tetap mak kita – Fatiya

PELAKON Fatiya Latiff mengingatkan orang ramai supaya tidak terburu-buru menghukum ibu bapa hanya berdasarkan luahan sebelah pihak, sebaliknya menghargai hubungan kekeluargaan selagi masih mempunyai kesempatan.

Ujar Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 38, setiap keluarga pasti mempunyai konflik tersendiri, namun hubungan antara anak dan ibu bapa perlu dipelihara dengan penuh rasa hormat serta kasih sayang.

“Saya tidak faham dengan orang zaman sekarang. Saya pernah terbaca komen seseorang mendakwa ibunya menganiaya dirinya, lalu majoriti orang memberikan sokongan kepada anak itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, kita perlu ingat, sejahat-jahat seorang ibu, dia tetap mak kita. Dia perlu dihormati, disayangi dan dijaga sepenuh hati,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Ariana Rose itu, sekiranya wujud masalah dalam hubungan antara ibu dan anak, perkara tersebut masih boleh diusahakan menerusi komunikasi serta jalan penyelesaian secara baik.

“Kalau betul pun mak itu bermasalah, mesti ada cara untuk memperbetulkan keadaan, bukan? Jangan terus menghukum atau memburukkan satu sama lain.

“Kesimpulannya, cuba jaga hubungan dengan ibu bapa selagi kita masih mempunyai kesempatan.

“Kita hanya mempunyai seorang ibu bapa. Hargai mereka dan cuba bahagiakan mereka selagi kita masih mampu berbuat demikian,” ujarnya.

Perkongsian Fatiya itu kemudian mendapat pelbagai reaksi netizen, dengan sebahagian pengguna media sosial turut berkongsi pandangan mengenai hubungan antara ibu dan anak.

“Mak pernah menjadi anak dan anak pula akan menjadi mak suatu hari nanti. Bila tiba masa itu, tengok pula bagaimana anak-anak kita berdepan dengan kerenah dan emosi mereka.

“Pengorbanan dan perjuangan seorang ibu untuk melahirkan anak tidak terbalas,” tulis netizeb

Bagaimanapun, terdapat juga netizen berpendapat isu keluarga tidak wajar dilihat secara hitam putih kerana setiap hubungan mempunyai latar belakang serta konflik tersendiri.

Mereka turut berpandangan kasih sayang terhadap ibu bapa perlu disertai usaha memperbaiki hubungan secara sihat, terutama apabila berlaku perselisihan atau masalah dalam keluarga. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok