‘Awak buat hidup saya lebih bermakna’

MANIS bak gula kapas,  pelakon Keith Foo mencuri perhatian ramai apabila secara terbuka meluahkan rasa cinta dan syukur dipertemukan dengan Riena Diana yang disifatkan memberi sinar baharu dalam hidupnya.

Ujar Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 42, Riena merupakan penyeri jiwanya selain membawa harapan dan kebahagiaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Ada ketika saya terfikir tentang perkara kecil yang awak lakukan membawa perubahan dan saya bersyukur.

Setiap detik yang kita luangkan bersama, nasihat awak atau hanya sekadar kehadiran awak sangat bermakna bagi saya,” tulisnya menerusi Instagram Story,

Bertambah romantik, pelakon drama Ariana Rose itu turut mengakui dirinya menghargai setiap detik mahupun memori indah yang mereka cipta bersama.

Hidup saya bertambah indah dengan kehadiran awak dan saya bersyukur atas semua kenangan kita.

Awak membuatkan hidup saya lebih bermakna, dan saya harap awak tahu betapa saya menghargai awak walaupun saya tidak selalu menunjukkannya,” katanya.

Hubungan Keith dan Riena mendapat perhatian peminat selepas kedua-duanya mengakui bahagia bersama dan tidak menolak takdir andai jodoh menyatukan mereka di pelamin suatu hari nanti.

Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Kim Raymond pada November 2015 sebelum berpisah empat tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia tujuh tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok