Angelina Jolie nak jadi pengurus rumah pemakaman

BERGELAR pelakon hebat yang bertapak di arena lakonan sejak tiga dekad lalu, Angelina Jolie sememangnya mempunyai reputasi tersendiri di Hollywood.

Namun ibu kepada enam anak itu hakikatnya pernah terfikir untuk terbabit dalam kerjaya yang bukan sahaja memberi ketenangan pada diri sendiri, malah terhadap orang lain.

Pekerjaan dimaksudkan adalah sebagai pengurus rumah pemakaman yang dirasakan sebagai tanggungjawab sosial membantu individu atau keluarga selepas kehilangan insan tersayang.

Tampak serius dengan keinginannya itu ketika diwawancara hos Jimmy Fallon, Jolie yang sememangnya suka melakukan kerja memasyarakatan akhirnya beralih ke dunia seni.

“Mungkin apa yang saya katakan ini tampak pelik tetapi dahulu saya pernah teringin jadi pengurus rumah pemakanan selepas menyaksikan petugas menguruskan mendiang datuk saya.

“Bagus terbabit dalam bidang berkenaan, tetapi akhirnya saya di di sini sebagai pelakon,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok