Didakwa menyebarkan foto separuh bogel anggota kumpulan Seventeen, Mingyu, seorang wanita dikecam teruk malah disifatkan miang dan lapar perhatian.
Menerusi sebuah laporan, foto idola berusia 27 tahun itu dirakam ketika sesi fotografi kempen sebuah produk jenama antarabangsa dan disebarkan tanpa pengetahuan Mingyu.
Difahamkan foto tersebut dirakam seorang pekerja jenama berkenaan yang berada di lokasi penggambaran sebelum dimuat naik dalam laman sosial miliknya.
Menerusi gambar yang tersebar, Mingyu dilihat tidak berbaju dan menampakkan tubuh kekarnya ketika mengganti pakaian.
Tindakan tersebut mengundang amarah peminat yang turut sama mengecam jenama terkenal tersebut yang tidak berpuas hati dengan perbuatan tidak profesional pekerja mereka.
Sudah kenapa gatal sangat? Saya boleh terima kalau bertujuan untuk iklan namun saya tak faham kenapa wanita itu ambil gambar secara sembunyi, dasar miang!,” komen salah seorang peminat.
“Walaupun gatal sangat tengok artis, kena hormat privasi orang apatah lagi dia sedang menukar pakaian,” demikian komen seorang lagi peminat.
Susulan kecaman tersebut, syarikat yang mengeluarkan produk penjagaan kulit itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka malah pekerja wanita terbabit juga dibuang kerja kerana melanggar peraturan dan polisi syarikat.