Berlaga pipi dengan Awal, Dynas teruk kena maki

“SUDAH macam orang kafir.”

Demikian teguran seorang netizen terhadap pelakon Dynas Mokhtar selepas tular sekeping foto memaparkan dirinya bergambar mesra, berlaga pipi dengan pengacara Awal Ashaari pada sambutan ulang tahun kelahiran lelaki itu.

Bukan itu sahaja, ramai menyifatkan aksi tersebut kurang sesuai memandangkan kedua-duanya beragama Islam, selain masing-masing sudah berkahwin dan ada anak.

Ada turut mengingatkan soal batas pergaulan dan meminta perkara sedemikian tidak dinormalisasikan.

Mengucap panjang Diva membaca komen yang seperti tiada belas mencaci maki, namun terpaksa akur bahawa ada benarnya teguran netizen.

Bukan semua momen perlu dipamerkan kepada khalayak, apatah lagi jika berpotensi mengundang salah faham. Kalau sudah tahu sekeping gambar boleh menjadi bahan kecaman, simpanlah untuk koleksi peribadi atau kongsi secara tertutup.

Begitupun, kalau nak menegur biarlah beradab. Jangan kerana tidak bersetuju, terus melabel seseorang sebagai kafir atau melempar kata-kata keji. Nasihat tanpa adab akhirnya berubah menjadi penghinaan.

DIVA: Berdebar juga nak tahu siapakah bakal membawa pulang trofi Anugerah Juara Lagu ke-40 malam ini. Harap lagu, persembahan dan vokal sama-sama mengaum!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok