349
BIARPUN kumpulan Stray Kids beraksi cemerlang di atas pentas dalam satu persembahan baru-baru ini, ramai peminat bimbangkan Hyujin.
Ini kerana, penyanyi itu memakai but perlumbaan yang beratnya hampir mencecah 2 kilogram.
Ramai melontarkan pandangan pemilihan sepatu bukan untuk kegunaan kasual seperti itu dirasakan tidak sesuai kerana jika tersilap langkah boleh menyebabkan kecederaan.
Justeru itu, peminat berharap jurugaya Hyujin lebih peka dalam pemilihan kasut demi keselamatan artis kesayangan mereka.