SELEBRITI sensasi Indonesia yang juga merupakan seorang transgender, Lucinta Luna mengikat tali pertunangan dengan kekasih mat salihnya bernama Alan.
Lucinta atau nama lelakinya, Muhammad Fatah, 34, mengumumkan perkara tersebut menerusi media sosialnya semalam.
Berbusana gaun putih krim bercorak sementelah tunangnya Alan bersut hitam, Lucinta yang cukup dikenanali di Malaysia menerusi lagu duet Bobo Di Mana bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan Muhammad Sajjad mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai atas pertunangannya itu.
“Alhamdulillah atas anugerah-Mu Ya Allah. Acara lamaran pertunangan kami dilancarkan dengan baik.
“Kami (bersama tunang) mengucapkan banyak terima kasih kepada pada tetamu yang menghadirkan diri ke acara pertunangan kami.
“Secepatnya ‘ratu salomeh’ akan dihalalkan calon suamiku ;pangeran berkuda putih;. Kami cinta antara satu sama lain dan ingin bersama selamanya,” coret Lucinta menerusi satu hantaran terbaharu Instagram.
Difahamkan, acara pertunangan yang berkonsepkan negara dan budaya Barat berlangsung di sebuah lokasi mewah di Bali, Indonesia.
Menjengah ruangan komen, ramai netizen yang tidak merestui pertunangan tersebut dan menganggap figura itu seperti mempermainkan agama dan undang-undang Islam kerana dari segi lahiriah, kedua-dua mereka adalah lelaki.
“Baiknya lu pindah ke Jerman ajah cin, karna gue takut kena imbas azab dari perbuatan lu.
“Jangan bawa-bawa nama Allah yang suci dalam hal yang jelas-jelas haram,” demikian antara komen netizen Indonesia.
Biarpun dikecam, ada juga dalam ruangan komen yang menitipkan pesanan yang baik-baik buat kedua-dua lelaki itu.
“Selamat menempuh hidup baharu Lucinta. Langgeng (abadi) terus ya maaf gbisa hadir. Lagi (sekarang berada) di Malaysia,” ujar seorang pempengaruh negara Garuda itu, Mimi Peri.
Menurut laporan media seberang, Lucinta sebelum ini pernah bernikah dengan seorang lelaki bernama Bigham pada 2019 namun bercerai seminggu selepas menjawat peranan sebagai isteri. – HIBGLAM