Selebriti lelaki ‘amnesia’ waktu ditemu bual media

BARU-baru ini Diva hadir ke sebuah acara hiburan yang pastinya ramai selebriti tanah air akan muncul di situ.

Dalam kekalutan majlis, rakan Diva sempat menarik seorang artis lelaki yang memang sedang mendunia untuk ditemu bual.

Pada mulanya agak sukar juga hendak ditemu bual tetapi akhirnya berjaya ditarik ke tepi. Sayangnya, ketika dilayangkan satu soalan, dia memilih untuk terus berlalu pergi tanpa sepatah perkataan atau meminta diri untuk ‘berambus’.

Terus terpinga-pinga rakan media di situ yang telefon masing-masing masih merakam suara.

Kalau tidak suka atau marah sekali pun, sikap terus berlalu pergi begitu saja tanpa ada rasa hormat memang kurang manis.

Bagi Diva, tindakan begitu agak kurang ajar, tambahan pula dia antara wajah yang sedang meningkat naik dan memiliki peminat yang ramai. Pesan Diva, jangan sesekali teruskan sikap sebegitu sebab bimbang mengundang kebencian ramai.

DIVA: Tabik dengan artis senior sebab mereka sangat santai, siap boleh bergurau walaupun ada soalan tak mahu dijawab.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok