Sudah-sudahlah samakan Bella dengan Siti Hasmah

BERHENTILAH samakan Bella Astillah dengan Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah.”

Teguran itu yang banyak membanjiri media sosial Diva sejak kebelakangan ini susulan ramai yang mendakwa Bella ibarat kelahiran semula atau versi baharu Siti Hasmah.

Bukanlah kali pertama pun dengar perkara sebegitu tetapi makin menjadi-jadi pula sekarang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Diva bukanlah tidak menyokong sebaliknya tak perlulah nak samakan seorang figura hebat yang sudah meninggal dunia dengan individu yang masih hidup.

Allahyarham tidak perlu disamakan seperti sesiapa pun ditambah pula dengan kehebatan dalam bidang pendidikan, bakat seni, misi kemanusiaan dan dunia politik.

Bella pula ada keistimewaan tersendiri, cuma bila dikatakan kelahiran semula atau sebagainya, seperti sudah berlebih-lebihan pula.

Tenang-tenang saja semua dan kalau minat seseorang sekali pun, jangan melampau-lampau ya.

DIVA: Ramai risau dengan keadaan kesihatan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini, semoga terus sihat ya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok