900
SETIAP minggu, pasti ada sahaja cerita tular muncul berkaitan pengacara Big Stage.
Jika minggu lalu Kak Lina mendominasi media sosial, kali ini giliran Rina Nose pula.
Bukan tular kerana gelagat lucu tetapi disebabkan dia membuat solekan pada wajah sendiri berbanding menggunakan khidmat jurusolek bagi konsert minggu suku akhir lalu.
Tindakannya itu mengejutkan ramai yang majoritinya terkejut Rina mampu menghasilkan solekan setanding jurusolek
profesional.
Paling menarik perhatian ialah teknik solekan Rina iaitu memanaskan krim asas menggunakan sudu.
Rata-rata memuji kemampuannya itu sekali gus merasakan dia sememangnya layak diangkat sebagai selebriti versatil.