Tangisan Bella Astillah bikin sebak

SEJAK bercerai, rezeki yang diraih Bella Astillah dalam dunia lakonan dan nyanyian semakin mencurah-curah.

Bahkan, kualiti lakonannya juga semakin mendapat pujian ramai berbanding sebelum ini yang dikatakan kurang meyakinkan.

Bukankah pengalaman mematangkan, itulah berlaku.

Terbaharu, Bella dihujani pujian ramai apabila babak menangis yang dijayakan untuk sebuah drama dikatakan berjaya meruntun jiwa ramai.

Meskipun hanya video pendek yang dimuat naik oleh seorang individu dalam TikTok, perkongsian tersebut terus menular dan dibanjiri dengan komen positif.

“Walau hanya lakonan, kami dapat rasa kesedihan Bella dengan tangisan itu. Makin bagus berlakon.

“Alahai rasa sebak pula lihat video ini. Sampai sini rasa sakitnya, ini tangisan trauma sebenar,” komen netizen.

Menerusi video tersebut, Bella juga dilihat terpaksa ditenangkan selepas melakonkan babak berkenaan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok