Lee Joon, Dara bukan kekasih

KHABAR angin percintaan antara anggota kumpulan 2NE1, Dara bersama penyanyi Lee Joon bertebaran selepas mereka dilihat bercuti di Filipina.

Bagaimanapun, gosip tersebut ditepis kerana Dara menjadi pemandu pelancong untuk abangnya iaitu ahli kumpulan Mblaq, Thunder dan isteri Mimi Gugudan.

Lee Joon menyertai percutian tersebut secara tidak langsung apabila Thunder memaklumkan bakal ke Filipina bersama Dara.

Disebabkan Thunder dan Lee Joon berada dalam kumpulan sama, mereka bersama-sama menikmati percutian di Filipina sebagai satu keluarga. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok