[VIDEO] Insya-Allah akan ada perceraian – Peguam Bella Astillah

KEDUA-DUA pihak sudah bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.”

Demikian yang dikongsi peguam syarie Azmi Mohd. Rais berhubung sebutan ketiga prosiding perceraian pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz hari ini.

Azmi yang mewakili Bella berkata, kedua-dua pihak melalui peguam masing-masing sudah bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga secara baik.

Mereka sudah melalui proses pendamai dan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

“Insya-Allah akan ada perceraian,” katanya kepada HibGlam di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Sementara itu, Aliff yang hadir ditemani bapanya, Aziz Sapdan dan diiringi dua pengawal peribadi kelihatan tenang.

Dia bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

Sebelum ini, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Rentetan itu, Bella nekad memfailkan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Mac lalu.

Namun, pasangan selebriti itu diperintah hadir proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun depan berikutan aktor kelahiran Singapura itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai difailkan isteri atas alasan masih sayangkan keluarga.

Imbau semula, pada Mei 2019, pasangan terbabit bercerai selepas penyanyi lagu Sayang Sayang itu curang dengan beberapa wanita berbeza namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah dan turut mengakui dirinya hamil anak kedua pada ketika itu.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden, 6, Adrean dan  Ara Adreanna yang kini berusia tiga tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok