Cedera buku lali, Wonhee terpaksa berehat

ANGGOTA kumpulan Illit, Wonhee terpaksa direhatkan buat sementara waktu kerana mengalami kece­deraan di bahagian buku lali.

Perkara tersebut dimaklumkan agensinya sendiri, BeLift Lab yang memberitahu artis naungannya itu tetap akan membuat persembahan tetapi mempunyai limitasi dalam pergerakan.

“Wonhee mengalami kecederaan buku lali semasa penggambaran dan sedang menerima rawatan di hospital. Dia dinasihatkan memakai tongkat dan meminimumkan pergerakan.

“Peminat jangan risau sebab Wonhee masih akan membuat persembahan di AliExpress 2024 Weverse Con Festival tapi akan duduk di atas pentas tanpa mengambil bahagian dalam koreografi,” tutupnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok