[VIDEO] Sarah Yasmine, berambus dari Malaysia – Erma Fatima

Kau masuk negara aku buat ‘kenduri selak kain’, berambus dan selesaikan masalah di negara kau.”

Demikian penegasan penerbit dan pengarah Erma Fatima berhubung kontroversi yang dicetuskan wanita warganegara Singapura yang juga kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ketika ini.

Erma berkata, tindakan tidak bermoral yang dilakukan Sarah itu tidak sepatutnya diraikan orang ramai kerana merosakkan imej industri seni tanah air.

Dia seorang perempuan yang kecewa kerana ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warganegara, masuk ke dalam negara ini kemudian buat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia tapi semua meraikan.

“Media sosial, pengamal media dan semua meraikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri (Aliff).

Balik negara kau dan selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang dalam negara aku,” katanya kepada HibGlam selepas tayangan episod akhir drama Lelaki Itu di ibu kota semalam.

Dia turut menggesa selebriti terlibat dengan isu tersebut termasuk Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen tampil membuat laporan polis bagi menghentikan kemelut yang melanda ketika ini.

“Ruhainies, Sophia dan Meerqeen tolong buat laporan polis untuk hentikan dia.

Anda semua ada hak untuk melakukannya dan hentikan dia, tidak kisahlah anda semua ada isu skandal atau sebagainya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Erma turut memohon pihak kementerian khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia (SKMM) campur tangan untuk mengambil tindakan terhadap individu yang mencemarkan industri seni menerusi pelbagai pendedahan negatif dalam media sosial.

Tidak berdiam diri, dia turut menghantar mesej kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melakukan sesuatu untuk menghentikan semua kontroversi tersebut.

“Saya ada hubungi Fahmi Fadzil, hantar mesej untuk hentikan semua ini. Hanya dia yang boleh tolong kalau semua yang terlibat buat laporan polis.

Ada akta yang boleh disabitkan untuk isu ini sebelum industri kita jahanam. Harap ada respons.

“Dua-dua bukan orang Malaysia pun, tak perlu selak kain-kain artis Malaysia. Berhenti angkat dia dan raikan ‘kenduri’ orang luar lakukan,” tegasnya.

Katanya lagi, terdapat akta yang boleh disabitkan terhadap pelaku isu tersebut.

“Di mana SKMM? Apa pihak kementerian lakukan untuk hentikan orang luar yang masuk dan hancurkan industri seni tanah air. Itu yang saya sangat marah.

“Saya harap kenduri selak kain ini dihentikan segera. Kalau mereka boleh panggil saya dan Zul Ariffin untuk siasat isu drama Perempuan Itu sebelum ini, mengapa kita tidak boleh lakukan perkara sama sekarang?

“Dia orang luar, bukan terlibat dalam industri kita. Berambus, keluar dari Malaysia dan selesaikan masalah mereka sendiri,” tuturnya.

Dia juga mengakui menghalang Sophia hadir ke acara tayangan episod akhir tersebut kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Sebagai seorang wanita, saya faham perasaan dia rasa kecewa ditinggalkan kekasih selepas memberi segala-galanya tetapi jangan datang ke sini dan hancurkan industri seni Malaysia.

“Jadi, saya halang Sophia hadir majlis ini kerana tidak mahu jadi mangsa. Saya tidak peduli dia ada skandal atau tidak tetapi bukan ini caranya,” katanya lagi.

Terdahulu, Sarah menggegarkan industri seni negara apabila memuat naik puluhan tangkap layar perbualan WhatsApp Ruhainies dan Aliff sekali gus mendedahkan konspirasi menjatuhkan Bella serta hubungan romantis mereka.

Bukan sahaja Ruhainies, Sarah turut mengheret nama Sophia dalam pendedahannya dengan mendakwa Sophia masih berhubung dengan Aliff pada Mac lalu. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok