TAHNIAH Toh Muda Datuk Rizal.”
Demikian komen pelakon Nora Danish apabila bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai yang dikurniakan darjah kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-64.
Dalam masa sama, Jejai membalas komen pelakon filem Polis Evo 3 itu dengan ucapan terima kasih atas penghargaan.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh bekas mentua Nora, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah menerusi hantaran Instagramnya.
Tahniah kepada anakku, Toh Muda Rizal yang diberikan gelaran Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 4 Ogos bersamaan 17 Muharam 1445 Hijrah.
“Merafak sembang menjunjung kasih Tuanku,” tulisnya dalam ruangan kapsyen bersama beberapa foto di dalam istana.
Pada 4 Ogos lalu, Jejai menerima darjah kebesaran semoena Hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-64 yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara.
Sebelum ini, Nora berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang putera iaitu Putra Rayqal yang kini berusia 14 tahun.
Namun, perkahwinan mereka tidak berkekalan apabila bercerai pada 10 Julai 2008. – HIBGLAM