Jihyo pernah ingin undur diri

ANGGOTA kumpulan Twice, Jihyo mendedahkan dia hampir menarik diri sebagai idola pelatih kerana latihannya terlalu sukar dan memenatkan.

Malah, penyanyi itu juga mengakui dirinya keras kepala selain suka membuat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan kesan yang bakal menimpanya.

“Saya mengambil masa selama 11 tahun menjadi idola pelatih bahkan pernah melarikan diri ke rumah ibu saudara pada tahun ketiga di sekolah menengah kerana latihannya terlalu sukar dan memenatkan.

“Situasi sangat sulit sebelum saya debut. Sejak dahulu memang saya jenis keras kepala, saya hanya buat apa yang saya mahu tanpa memikirkan kesannya terhadap diri dan keluarga,” katanya menerusi satu rancangan temu bual.

Bagaimanapun Jihyo mengakui pengalaman menjadi idola pelatih banyak mengubah caranya melihat kehidupan dari sudut berbeza.

“Menjadi pelatih banyak mengajar saya tentang kehidupan, tidak semua perkara yang kita fikir benar itu betul dan begitulah sebaliknya. Hidup ini sangat kompleks,” jelasnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok