Giliran Kihyun masuk tentera

“SAYA akan kembali.”

Demikian pesanan penyanyi Kihyun sebelum memasuki latihan ketenteraan wajib pada 22 Ogos lalu.

Sebelum mendaftarkan diri di kem tentera, penyanyi kumpulan Monsta X itu memuat naik gambarnya berkepala botak.

Berita tersebut sekali gus menjadikan penyanyi berusia 30 tahun itu ahli keempat Monsta X mendaftarkan diri dalam latihan ketenteraan.

Selain Kihyun, Shownu, Minhyuk dan Jooheon antara ahli yang telah berkhidmat dalam latihan ketenteraan.

Di Korea Selatan, semua lelaki yang bertubuh tinggi di Korea Selatan berusia antara 18 dan 28 tahun wajib berkhidmat dalam tentera selama 18 hingga 21 bulan.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok