Wonyoung sakit, peminat cemas

SEPERTI yang dilaporkan sebelum ini, penyanyi Wonyoung mengalami kecederaan agak serius pada lengan semasa penggambaran video muzik (MV) untuk lagu baharu kumpulannya, IVE berjudul I Am.

Menurut pengarah MV berkenaan, kecederaan yang dihadapi memaksa Wonyoung dikejarkan ke unit kecemasan dan menerima tujuh jahitan.

Dia bagaimanapun tetap meneruskan penggambaran video muzik berkenaan walaupun mengalami kesakitan sehingga menimbulkan kebimbangan peminat.

Situasi berkenaan sememangnya mengejutkan ramai. Mereka berasa pelik bagaimana pihak pengurusan masih membenarkan penyanyi itu bekerja dalam keadaan sakit.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok