Lady Gaga makin terbuka tayang anak

VIDEO yang didakwa memaparkan Lady Gaga berjalan sambil menolak kereta sorong bayi di Los Angeles bersama ibunya menarik perhatian peminat selepas dikongsikan peminat.

Rakaman berdurasi sekitar 24 saat itu menunjukkan beberapa individu berjalan di kawasan parkir, namun wajah mereka tidak kelihatan jelas sepanjang video berkenaan.

Peminat tersebut mendakwa wanita dalam rakaman itu adalah Gaga. Setakat ini, lokasi tepat serta tarikh rakaman dibuat belum dapat disahkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di ruangan komen, ada peminat tersentuh hati melihat kehidupan terkini penyanyi berusia 40 tahun itu.

“Aura seorang ibu, tersentuh hati melihat dia menjalani kehidupan seperti ini,” tulisnya.

Namun, ada peminat kurang senang dengan penularan video itu.

“Saya sedih dia tidak boleh membawa bayinya berjalan-jalan dengan tenang,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok