589
KEHIDUPAN popular tidak menjarakkan hubungan persaudaraan penyanyi Suga dan abang kandungnya.
Ketika menghadiri majlis perkahwinan abang kandungnya di daerah Daegu baru-baru ini, aksi mesra bersama abangnya menyentuh hati ramai.
Ketika ingin memberikan ucapan kepada pengantin, anggota kumpulan BTS itu kelihatan sebak.
Dia turut memeluk abangnya dengan penuh kasih sayang sekali gus menampakkan betapa utuhnya hubungan persaudaraan mereka.