Seventeen tanpa Seungkwan

DISEBABKAN masalah kesihatan, penyanyi Seungkwan dinasihatkan berehat sehingga keadaannya kembali pulih.

Tanpa diperincikan masalah kesihatan dihadapi, pihak pengurusan Pledis Entertainment bagaimanapun bertindak mengosongkan jadual aktiviti seni anggota kumpulan Seventeen itu.

Kesemua ahli Seventeen baru-baru ini melawat Seungkwan di hospital dan kakitangan perubatan menasihatinya untuk berehat sehingga pulih.

“Pada awalnya, Seungkwan bertekad untuk meneruskan aktiviti harian tetapi kami rasa lebih baik utamakan kesihatannya seperti yang disarankan pegawai kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu, kumpulan Seventeen terpaksa meneruskan aktiviti tanpa Seungkwan termasuk ramah mesra peminat TMEA 2023 di China dan konsert jelajah Seventeen, Follow To Seoul.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok