TUJUH tahun belum dikurniakan zuriat, aktres Aprena Manrose mengakui sudah lali dengan kecaman netizen terhadapnya.
Menurutnya, setiap kata-kata pedih itu ditelan dengan sabar bahkan dia tidak pernah putus asa dengan melakukan pelbagai usaha termasuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada tahun lalu namun belum berhasil.
Saya berehat seketika daripada lakonan sebelum ini sebab buat IVF tetapi masih belum ada rezeki dan agak sedih juga.
“Namun, saya baru buat sekali kalau nak bandingkan usaha wanita lain yang sudah berkali-kali lakukannya.
“Mungkin Allah tahu kita belum mampu daripada aspek kewangan atau kemampuan untuk jaga anak. Saya selalu fikir begitu supaya tidak terlalu stres,” katanya.
Dalam pada itu, Aprena turut menasihati sepupunya, Uqasha Senrose supaya bersabar dengan kecaman yang dilemparkan netizen terhadap pelakon itu berikutan belum menimang cahaya mata meski sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.
Mulut orang memang tidak boleh tutup mulut dan disebabkan itu jugalah hati kita boleh terkesan.
“Jika tiada orang punya mulut (kecaman) kita okay sahaja sebenarnya.
“Saya sudah tujuh tahun berkahwin, Uqasha pula baru dua tahun. Kalau tujuh tahun (tiada anak) pun boleh sabar menahan mulut orang, dia pasti boleh juga,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.
Kata pemilik nama penuh Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman itu, isu berkaitan anak disifatkan sangat sensitif kepada setiap wanita yang sudah berkahwin.
“Saya ada beri nasihat kepada Uqasha apabila dia dihentam sebegitu, sebab saya lagi kuat berbanding dia.
Selalu juga saya pesan, dia baru dua tahun kahwin dan perlu banyak bersabar.
“Kalau Allah SWT nak beri, Dia akan bagi dan kalau tidak, maksudnya belum masanya lagi,” ujarnya.
Sebelum ini, Uqasha pernah menerima komen berbaur sindiran daripada segelintir individu yang mempertikai dia masih belum dikurniakan cahaya mata selepas dua tahun berkahwin dengan pelakon, Kamal Adli.
Bukan itu sahaja, komen netizen tersebut turut menyindir dengan memetik nama adik-beradik dan keluarga Uqasha seperti Nelydia Senrose dan Aprena yang juga masih belum menimang cahaya mata. – HIBGLAM
View this post on Instagram