Nasihat bermakna Suga

PUNYA sedikit pengalaman sebagai selebriti, penyanyi Suga yang juga anggota BTS meninggalkan nasihat paling bermakna buat mereka yang ingin kekal dalam industri hiburan.

Antara yang dititipkannya adalah kepentingan sikap penggiat seni seperti berani, kental dan sentiasa positif.

Hal tersebut dikongsikan kerana dia Suga sendiri pernah berdepan situasi teruk semasa awal penglibatan dalam dunia seni sehingga diiktiraf kini berjaya sebagai seorang penyanyi.

“Segala-galanya akan baik dan akan ada masa apabila kalian rasa paling teruk.

“Saya juga pernah mengalami masa seperti itu tetapi apabila kalian melihat kembali, momen tersebut menjadi kenangan.

“Kalian boleh belajar daripadanya dan semuanya akan okey pada akhirnya,” katanya dalam wawancara bersama majalah Vogue Jepun.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok