Ayuh, terus lantang demi Palestin Uyaina!

SEJAK Palestin dibedil dan dibom teruk Israel, ramai selebriti tanah air melahirkan tanda sokongan dan solidariti dalam media sosial.

Seorang daripada artis lokal yang sangat menentang kekejaman zionis dan lantang bersuara ialah Uyaina Arshad.

Diva memang puji usaha Uyaina yang tegas malah dia juga menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana produk menyokong Israel.

“Saya suka apabila ada agensi yang faham dan hormat dengan pendirian menyebelahi Palestin.

“Saya menolak untuk bekerja dengan mana-mana jenama yang secara terang-terangan menyokong Israel.

“Bekerja dengan mereka bermaksud saya mengalu-alukan tindakan kejam Israel yang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin,” katanya dalam aplikasi X.

Bagus ada selebriti yang lantang sebegini sebab boleh terus sebarkan kesedaran mengenai Palestin.

Teruskan bersuara Uyaina, jangan takut hilang tawaran kerja dan sentiada percaya rezeki daripada Tuhan.

DIVA: Sedap betul lagu-lagu dalam album baharu Dolla berjudul New Classic. Level antarabangsa!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok