Sokong Palestin, Susan Sarandon ‘menganggur’

Penerima trofi Oscar, Susan Sarandon mendakwa pendiriannya yang lantang menyokong Palestin menyebabkan dia kehilangan sejumlah tawaran lakonan daripada industri Hollywood.

Sarandon, 79, berkata, perkara itu masih memberi kesan terhadap kerjaya seninya meskipun mendakwa pandangan masyarakat Amerika Syarikat kini semakin berubah selain ramai mula mempersoalkan sokongan Washington terhadap Israel.

Saya rasa naratifnya sudah benar-benar berubah dari segi relevan sejarah Palestin serta hubungan Zionis dengan Amerika dan politik kita,” katanya ketika menghadiri Festival Filem Venice, baru-baru ini.

Menurutnya, kesedaran masyarakat mengenai jumlah bantuan kewangan yang disalurkan Amerika Syarikat kepada Israel juga semakin meningkat sejak tercetusnya kemelut di Gaza pada 2023.

Namun, perubahan pandangan itu belum menghapuskan kesan profesional yang terpaksa ditanggungnya apabila masih ada pihak industri yang enggan mengambilnya bekerja.

Saya masih kehilangan filem baru-baru ini kerana ada agensi yang masih memberitahu orang ramai agar tidak ambil saya bekerja,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok