‘Ini yang terbaik’ – Diana Danielle putus cinta

BAHAGIA tidak berpanjangan, pelakon Diana Danielle mengesahkan hubungannya dengan kekasih yang dikenali sebagai Bern putus hari ini.

Menurut Diana, 36, dia memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai punca perpisahan mereka kepada umum.

Ya, betul kenyataan itu (putus cinta). Saya ada sebab kenapa muat naik perkara tersebut walaupun saya tak ‘prefer’.

“Saya cuma nak fokus bergerak ke hadapan. Tidak perlu tanya punca kami putus,” katanya ketika dihubungi HibGlam hari ini.

Tambah Diana, dia menyifatkan Bern sebagai jejaka yang baik sepanjang tempoh perkenalan mereka.

Dia orang yang sangat baik cuma keputusan ini yang terbaik.

“Semua ini untuk kebaikan kami berdua,” katanya lagi.

Ditanya mengenai keadaan dirinya, Diana memberitahu semuanya dalam keadaan baik.

Saya okey saja. Banyak lagi dalam hidup ini yang perlu disedihkan,” jelasnya.

Terdahulu, Diana menuai perhatian ramai apabila memuat naik hantaran dirinya kini solo.

Solo dan bergerak ke hadapan. Ini yang terbaik,” katanya lagi.

Semalam, Diana memberitahu akan berkongsi khabar gembira sekiranya mahu mendirikan rumah tangga dengan Bern yang juga seorang ahli perniagaan.

Bern juga semalam dilihat turut menemani Diana pada majlis malam gala filem terbaharunya, Terbang.

Terdahulu, Diana terbuka berkongsi kisah peribadi apabila mengesahkan lelaki yang sering menemaninya merupakan teman istimewa iaitu Bern sejak tahun lalu.

Dia turut memaklumkan hubungan bersama Bern bermula hanya selepas tamat tempoh idah semasa perceraian keduanya dengan bekas suami, Farid Kamil pada 23 Mac 2025. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok