The Marvels serlah kredibiliti Park Seo-joon

BIARPUN hanya dalam beberapa adegan, lakonan aktor terkenal Korea Selatan, Park Seo-joon dalam filem The Marvels tetap meraih pujian peminatnya.

Melakonkan watak kekasih kepada Kapten Marvel, peminat gembira dapat melihat kredibiliti pemilik nama sebenar Park Yong-kyu mengembangkan sayap lakonan di pentas antarabangsa.

Bukan itu sahaja, dia turut mendapat pujian petugas dan kru di set penggambaran kerana bersemangat ingin menimba ilmu baru dalam industri antarabangsa.

Bagaimanapun, ada segelintir peminat kecewa selepas menonton filem berkenaan memandangkan penampilan Seo-joon yang dirasakan tidak cukup lama di layar perak.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok