Gandhari bongkar realiti sindiket culik budak

NASKHAH aksi thriller terbaharu Bollywood arahan Devashish Makhija, Gandhari kini rancak menawan penonton dalam platform Netflix.

Bukan sekadar naskhah hiburan kosong, sebaliknya tampil dengan penceritaan berani yang pasti membikin penonton tidak senang duduk mengenai perjuangan Bani lakonan Taapsee Pannu menjejak anaknya yang diculik sindiket pemerdagangan manusia di sebuah stesen kereta api.

Mungkin jalan cerita kedengaran biasa, namun ‘plot twist’ naskhah tersebut mampu membuat penonton bersorak bertepuk tangan dengan pembalasan dendam dalam Gandhari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naskhah berdurasi satu jam 57 minit itu turut dibintangi Swastika Mukherjee, Chhaya Kadam dan Prashant Narayanan.
Sejak ditayangkan, Gandhari berjaya melonjak ke kedudukan antara 10 karya popular dalam Netflix. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok