Siapa lagi 4 bintang GV Fantasia?

SEJAK sembilan bekas juara Akademi Fantasia diumumkan akan menyertai Gegar Vaganza Fantasia tahun ini, ramai peminat sudah tidak tentu arah dalam media sosial.

Sepertinya, demam Akademi Fantasia akan kembali meledak. Iyalah dulu pun program itu mencetuskan fenomena luar biasa.

Namun, bukan hanya sembilan nama tersebut, difahamkan ada empat lagi peserta yang akan diumumkan pada konsert pertama Gegar Vaganza Fantasia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Khabarnya, empat peserta tersebut terdiri daripada pemenang tempat kedua dan ketiga sepanjang penganjuran AF sebelum ini. Cuma, Diva tak boleh nak teka siapa tapi ada beberapa nama yang dipetik netizen iaitu Felix Agus, Farhan, Farah dan Adam.

Itu hanya tebakan, mungkin juga ada beberapa nama lain.

Apa pun, tak sabar betul nak tengok kesemua juara kembali dan menghangatkan pentas Gegar Vaganza Fantasia. Pasti akan mengimbau memori zaman kegemilangan program tersebut.

DIVA: Viral nyanyian Faizal AF4 mendendangkan lagu Watimang Landak.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok