‘Elok jadi model sahaja’ – Azeva tiada bakat?

MESKIPUN sudah seminggu pentas Borneo Rising melabuhkan tirai, bahangnya masih terasa dalam kalangan peminat.

Kali ini, nama Azeva pula menjadi bualan selepas kemunculannya sebagai penyanyi jemputan untuk berduet bersama salah seorang finalis, Harris, mencetuskan perdebatan.

Ada penonton mendakwa persembahan duet itu mempengaruhi peluang Harris untuk memperoleh kedudukan lebih baik dalam pertandingan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih pedas, ada juga netizen mempertikaikan kemampuan Azeva sebagai penyanyi dan berpendapat dia perlu memperkemas mutu vokalnya sebelum tampil di pentas besar.

“Azeva elok jadi model sahajalah. Nyanyian dia masih banyak perlu diperbaiki. Semalam, saya lebih risaukan Azeva berbanding peserta itu. Berlakon pula orang kata kaku,” kata netizen.

Diva faham penonton mempunyai hak untuk memberikan pandangan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pertandingan dengan persaingan sengit, namun tidak perlulah sampai meletakkan kesalahan pada bahu Azeva semata-mata.

Lagipun, Azeva masih mempunyai ruang untuk mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian. Diva percaya bakat boleh diasah, tetapi semangat seseorang mudah luntur jika setiap percubaan disambut dengan penghinaan.

DIVA: Terkejut melihat video seorang wanita menarik leher dan mencium pipi Bella Astillah.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok