UMUM tahu, Shaheizy Sam baru sahaja membuka sebuah restoran di Shah Alam dan khabarnya pelanggan memang tak berhenti serbu.
Tapi mungkin sebab terlalu ramai, Sam baru-baru ini dalam media sosialnya dengan rendah hati meminta orang ramai menyimpan dahulu hasrat sekiranya mahu berkunjung ke restorannya.
“Saya minta maaf, kapasiti ketuhar kami kecil dan tak mampu nak buat untuk semua orang yang beratur panjang.
“Jadi, dengan rendah diri, minta kalau boleh yang nak datang dari jauh itu, hentikan niat dulu, boleh ke?” katanya.
Kata Sam, dia tiada niat untuk menghalang sebaliknya minta diberikan peluang dan ruang menyediakan keselesaan kepada pelanggan yang hadir nanti.
“Bukan nak menyombong tetapi tak sedap hati apabila sambut tetamu yang terpaksa menunggu sampai berjam-jam.
“Kita cuba besarkan kapasiti dari tempat masak sehinggalah ke tempat duduk sikit. Kalau sudah sedia, saya akan umum,” katanya lagi.

TANGKAP Layar permintaan Shaheizy Sam agar orang ramai yang datang dari jauh agar menghentikan dahulu hasrat berkunjung ke restoran miliknya buat sementara waktu.
Jadi, jangan serbu ya semua. Risau kalau tak cukup tempat atau makanan lambat, diviralkan pula dalam Threads. Zaman sekarang menakutkan.
DIVA: SUDAH macam pesta, lebih 20,000 pengunjung serbu kenduri rakyat BASS di Sabah.

