Shaque: Trust No One, perah otak penonton

FENOMENA naskhah seram ngeri Bollywood kembali menghantui penonton menerusi drama terbaharu, Shaque: Trust No One yang mula bersiaran 24 September lalu.

Drama tujuh episod ini menawarkan jalan cerita penuh teka-teki, ‘plot twist’ dan debaran berterusan yang pastinya membuatkan penonton tidak senang duduk.

Naskhah tersebut mengisahkan seorang ibu, Anvita lakonan Parineeti Chopra yang terpaksa berdepan detik hitam apabila kehilangan bayi perempuannya, Apeksha yang diculik dari sebuah hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hampir sembilan tahun berlalu, Anvita bersama suaminya, Alok (Tahir Raj Bhasin) didatangi bungkusan misteri setiap kali tibanya hari jadi anak mereka, sekali gus mencetuskan kembali harapan untuk menjejak kehilangan tersebut.

Sentuhan magis sutradara Rensil D’Silva ternyata berjaya mencetuskan persoalan sama ada Anvita masih hidup atau hanyalah satu permainan psikologi yang dirancang seseorang.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok