DRAMA Jepun, GATE24: The Border mendapat perhatian penonton Netflix menerusi kisah aksi dan penyiasatan membabitkan pasukan khas yang menjaga keselamatan di pintu masuk negara.
Drama 10 episod yang ditayangkan sejak Ogos lalu itu menampilkan Shuri sebagai Mori Machi
bersama Gordon Maeda dan Rihito Itagaki.
GATE24 mengangkat kisah sebuah pasukan khas yang menghimpunkan pegawai imigresen,
kastam dan polis bagi menangani jenayah rentas sempadan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.
Mori menjadi antara watak utama apabila memiliki kebolehan mengenal pasti masalah dan
mendapat petunjuk kesalahan jenayah hanya dengan melihat barangan serta perilaku
penumpang.
Keupayaannya menjadikan pasukan GATE24 selalu sukses. Sejak ditayangkan drama tersebut menerima sambutan hebat penonton sehingga kekal berada dalam kelompok 10 naskhah popular selama beberapa minggu. – HIBGLAM

