Harap perkahwinan ini dilimpahi kebahagiaan, keberkatan – Malek McCrone

PELAKON Malek McCrone selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang hanya ingin dikenali sebagai Tina, pada 9 Oktober lalu di Batu Pahat, Johor.

Majlis persandingan pasangan itu berlangsung pada 10 Oktober 2026 di lokasi sama dalam suasana intim, dengan dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

Malek atau nama lengkapnya Malek Marcus McCrone, 32, memilih untuk mengekalkan privasi sepanjang majlis perkahwinannya dan tidak berkongsi banyak perincian mengenai hari bahagianya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dan isteri merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan tahniah serta menitipkan doa buat kami.

Kami berharap agar perkahwinan ini sentiasa dilimpahi kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan,” kata Malek.

Pelakon berdarah kacukan Melayu dan Kanada itu juga enggan terlalu mendedahkan identiti isterinya kerana menghormati permintaan suri hatinya itu.

Majlis persandingan pelakon drama bersiri Good Boy Go To Heaven itu turut dihadiri rakan selebriti antaranya Sophia Albarakbah dan Shah Jaszle. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok