KALAU nak cakap peminat artis mana yang paling aktif dalam media sosial, salah satunya Sitizoners.
Ada sahaja yang hendak dibahaskan dan dibualkan mengenai artis kesayangan mereka tetapi paling lucu apabila ada individu meminta Siti Nurhaliza menubuhkan sebuah rumah orang tua untuk peminatnya satu hari nanti.
“Tiba-tiba terfikir, Siti tak mahu buka rumah orang tua khas untuk Sitizoners ke?
“Manalah tahu tak ada rezeki nak kahwin, boleh daftar ramai-ramai,” kata individu tersebut.
Perkongsian tersebut meraih respons tuan badan malah sempat berseloroh akan mewujudkan kelas mengaji untuk penghuni pusat jagaan tersebut.
“Kalian ini, eloklah itu. kita buat setiap hari kelas usrah dan hafazan al-Quran pulak ya,” balas Siti.
Alahai macam-macam kerenah dan gelagat peminat. Minta yang bukan-bukan pula ya.
DIVA: Dengarnya ada yang mahu Aliff Aziz jadi Hang Tuah dalam Puteri Gunung Ledang The Musical jika dipentaskan lagi.

