Anugerah Khas Juri Aghniny Haque tak direstui?

Ibarat kata pepatah, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

Itulah situasi yang terjadi selepas tamat Festival Filem Malaysia ke-35 yang berlangsung hujung minggu lalu.

Semuanya gara-gara Anugerah Khas Juri yang diberikan kepada aktres Indonesia, Aghniny Haque menerusi lakonannya dalam filem Khadam yang turut menang besar pada malam itu termasuklah anugerah Filem Terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata netizen, anugerah itu tidak sepatutnya diberikan kepada ‘orang luar’ kerana terdapat lebih ramai anak seni tempatan yang lebih layak.

Malah ada yang berpendapat, Anugerah Khas Juri itu sepatutnya diberikan kepada Allahyarham Labu yang tercalon menerusi Pengarah Harapan menerusi filem Malang Terlarang.

Tambah mereka lagi, jika benar anugerah itu diwujudkan untuk menghargai karyawan dari luar negara, sepatutnya diberikan lebih awal ketika filem Abang Adik bertanding kerana lakonan pelakon Taiwan iaitu Wu Kang-ren sangat cemerlang.

DIVA: Patutlah bukan main banyak video ‘gedik’ berdua, rupa-rupanya promosi baju raya gedung tekstil dah tiba!

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok