Sampai bila Aina Abdul jadi mangsa buli?

Bila bercakap tentang penyanyi Aina Abdul, pasti ramai yang akan terbayang kekuatan vokalnya serta fesyennya yang sentiasa mendapat perhatian.

Fesyen Aina sentiasa menjadi bahan bualan ramai dek keunikan yang sering ditonjolkan.

Namun itu tidak bererti dia boleh dijadikan bahan jenaka secara langsung dalam majlis berprestij sehingga menimbulkan kemarahan para peminatnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apa yang terjadi pada Festival Filem Malaysia ke-35 baru-baru ini sesuatu yang sangat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.

Aina bukan lagi artis baharu, sebaliknya sudah sedekad bergelar anak seni dan sudah memenangi pelbagai anugerah berprestij.

Jika penggiat industri sendiri terus-terusan membuli Aina secara terbuka, bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh orang biasa?

Semoga insiden memalukan ini dapat dijadikan pengajaran.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata permohonan maaf secara terbuka habuannya. Tetaplah sia-sia.

DIVA: Tak sabarnya nak jumpa Amy Lee Evanescence!

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok