Bersemut! Syed Saddiq dukung Bella Astillah, anak

VIDEO memaparkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mendukung isteri yang juga pelakon Bella Astillah bersama dua anaknya, Ayden dan Ara mencuri perhatian netizen.

Menurut Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, aktiviti santai tersebut dilakukan bagi melepaskan tekanan sebelum melaksanakan tugas rasmi di parlimen.

“Balik parlimen, terus kena buat ‘fitness test’ (ujian kecergasan) versi keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Esok (hari ini) giliran saya bahas Belanjawan 2027. Lepaskan stress dulu dengan keluarga supaya tenang sahaja nanti,” katanya dalam Instagram.

Dalam video berkenaan, Saddiq mengangkat isteri dan anak-anaknya sambil melakukan senaman squat beberapa kali sebelum mereka sekeluarga tertawa.

Rata-rata seronok melihat gelagat anak-beranak itu terutamanya selepas Saddiq dan Bella mendirikan rumah tangga.

“Sekarang ini ada rumah sewa kosong tak sebelah rumah YB (panggilan Saddiq) saya sikit lagi nak gila tengok mereka, romantik sangat,” kata pengikut.

“Ambil sajalah dunia ini YB, kami pindah matahari,” seloroh peminat.

“Kenapa YB? Tengok, isteri saya dah minta suruh buat,” usik pengikut lain.

Sebelum ini, pasangan yang diberikan jolokan BASS itu selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Pasangan sama cantik sama padan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok