Pawang buru hantu  kolam, rungkai kisah hitam raja

PEMINAT Nam Joo-hyuk, mungkin boleh mengubati kerinduan dengan menonton lakonannya dalam drama terbaharu terbitan Netflix, The East Place.

Hadir dengan lapan episod, naskhah bergenre seram fantasi yang mula ditayangkan 17 Julai lalu itu mengisahkan seorang pawang, Go-cheon lakonan Joo-hyuk iaitu lelaki yang mempunyai kelebihan merentasi alam roh ditugaskan untuk membuang roh jahat di istana.

Dia juga ditugaskan melakukan perkara tersebut dengan bantuan puteri raja iaitu Saeng-gang (Roh Yoon-seo) yang mampu mendengar suara orang mati.

Tugas yang tidak mudah, mereka perlu berdepan dengan beberapa roh jahat selain berlawan dengan penderitaan masa lalu masing-masing.

Naskhah yang menelan belanja sekitar AS$29 juta (RM119 juta) itu menduduki carta drama paling popular di Netflix setakat ini.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok