‘Alhamdulillah, tak serius’ – Wany Hasrita kemalangan OTW kerja

MALANG tidak berbau buat penyanyi Wany Hasrita apabila berhadapan detik cemas selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja semalam.

Bagaimanapun, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, bersyukur berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan serius walaupun kereta miliknya mengalami sedikit kerosakan.

Dalam perjalanan nak pergi ‘soundcheck’ Anugerah Melodi Terhangat. Alhamdulillah, tiada yang serius.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi kereta calar dan bonet terangkat sikit,” katanya dalam Threads.

Meskipun berdepan insiden tersebut, pelantun lagu Menahan Rindu itu tetap meneruskan tugasan sebelum merancang membuat tindakan susulan.

“Demi kerja, teruskan juga. Balik kerja nanti baru nak buat laporan polis,” katanya lagi.

Dalam hantaran tersebut, Wany turut menunjukkan rakaman ‘dashcam’ (kamera papan pemuka) merakamkan detik kenderaannya dilanggar sebuah kereta jenis Honda dalam keadaan cuaca hujan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok