Hebat! Noorkhiriah, Azhan Pelakon Terbaik ASA2026

LAKONAN luar biasa sebagai wanita sindrom Turner bernama Nor menerusi drama Seribu Tahun, aktres Noorkhiriah berjaya dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026) di sini, malam ini.

Kemenangan tersebut sekali gus mengetepikan tiga lagi pelakon iaitu Fauziah Ahmad Daud yang membintangi drama Dosa Tak Terampun dan Cinta Yang menakluki, Mira Filzah (Curang Tanpa Niat) dan Sharifah Sakinah (Wok).

Tuah turut menyebelahi aktor Azhan Rani apabila diumumkan memenangi kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi watak antagonis sebagai Deris dalam drama Wok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi kemenangan inj, Noorkhiriah dan Azhan menerima hadiah wang tunai RM10,000 serta trofi.

Trofi kategori Pengarah Drama TV Terbaik pula menjadi milik Bade Haji Azmi menerusi drama Dosa Tak Terampun (TV1) lakonan hebat Nad Zainal dan Fauziah Ahmad Daud.

Pemenang kategori Drama TV Terbaik pula dibolot Selampai Labung (TV1) arahan Danny Alamsyah Adriansyah yang menyoroti keunikan seni tenunan tradisional Pua Kumbu dan budaya di Sarawak serta membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) RM200,000 dan trofi.

Dokumentari TV Tebaik diungguli Di Sebalik Bayangan Harimau (TV1) – Baharunnurdalila Baharuddin sekali gus menerima DKD berjumlah RM150,000.

Pelakon Elizad Shariffudin (Detik Waktu) dan Harun Hashim (Bilal dan Abah) pula diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Drama TV Terbaik, masing-masing membawa pulang wang tunai RM8,000 beserta Trofi.

Trofi Pelakon Komedi Terbaik ASA2026 menjadi milik pelakon, Zahiril Adzim dan Pengacara TV Terbaik pula dibawa pulang Muhammad Dinnie Asyraf Salim (Bernama TV).

Dalam acara sama, Datuk Rahim Razali diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh ASA2026 dan Anugerah Khas Juri pula diberikan kepada pencipta kandungan animasi, Khiu Siaw Fong

ASA2026 yang bertemakan Segalanya Bermula Disini dihoskan Datuk Aznil Nawawi dan Sherry Alhadad yang turut dimeriahkan dengan persembahan hebat antaranya Ning Baizura, Aisha Retno, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Salamiah Hassan. – HIBGLAM

Senarai pemenang:

Drama TV Terbaik
Danny Alamsyah Adriansyah – Selampai Labung (TV1)

Pengarah Drama TV Terbaik
Bade Haji Azmi – Dosa Tak Terampun (TV1)

Skrip Drama TV Terbaik
Ahmad Abror Muhammad Rivai – Kalam Murabbi (TV1)

Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik
Azhan Rani – Wok (Unifi TV)

Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
Noorkhiriah – Seribu Tahun (Astro Ria)

Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik
Harun Hashim – Bilal Dan Abah (TV1)

Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik
Siti Elizad – Detik Waktu (TV Okey)

Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik
Muhammad Dzul Hadziq Mohamad Zamri – Lukisan Hati Umar (TV3)

Pelakon Komedi TV Terbaik
Zahiril Adzim – Ramadan I Miss You (TV1)

Dokumentari TV Terbaik
Baharunnurdalila Baharuddin – Di Sebalik Bayangan Harimau (TV1)

Pengacara TV Terbaik
Muhammad Dinnie Asyraf Salim – Pindaan Akta 134 Orang Asli (Bernama TV)

Penyampai Radio Wanita Terbaik 2026:
Dyya Nawai (Nasional FM)

Penyampai Radio Lelaki Terbaik 2026:
Azlan Omar (Klasik FM)

Podcast Terbaik 2026:
Podcast Bukan Maksum (terbitan Norhaffizah Razak / IKIMfm)

Video Pendek Terbaik
Malay Kampung in Australia – Tanisraju A/L Soorinarayanan (BFM)

Drama/ Drama Bersiri/ Drama Mikro Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2026
Bru – Nik Amir Hafiz bin Nik Mustapha (Tonton)

Hiburan Radio Terbaik:
Konsert Gagar Merdeka Keehoi 2024 (Ranlah @Ramlah Othman)

Tatarias TV Terbaik:
Citra Reka Busana – Mohd Sharil Mahat

Set TV Terbaik:
Anugerah Juara Lagu ke-39 (Media Prima)

Penataan Cahaya TV Terbaik:
Anugerah Juara Lagu ke-39 (Media Prima)

Audio Rancangan TV Terbaik:
Project: Exit – Ibrahim Ismail (Astro Citra)

Jurukamera TV Multicamera Production Terbaik:
Fairul Yusoff – Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 (TV1)

Liputan Sukan Terbaik:
Sepak Takraw Piala Asia Akhir Kategori Regu (Astro Arena)

Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik:
Majlis Pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 (Sukan RTM)

Pengimbangan Muzik TV Terbaik:
Anugerah Juara Lagu ke-39 (Media Prima)

Wartawan TV Terbaik:
Fahmi Tajuddin – Buletin Utama (TV3)

Penyampai Berita TV Terbaik:
Otto Othman – World Today (TV2)

Anugerah Khas Juri: Pencipta kandungan animasi, Khiu Siaw Fong

Tokoh Seri Angkasa: Datuk Rahim Razali

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok