1
Sejak aktif berlakon, nama Noki boleh dikatakan antara yang laku keras dalam kalangan pelakon lelaki hari ini.
Bukan sahaja bakat lakonan dipuji tetapi juga ketampanannya yang ketika ini menjadi kegilaan ramai wanita.
Terbaharu, video TikToknya yang menyanyikan lagu Super Eksis dendangan asal penyanyi Indonesia, Naufal Syachreza menjadi bualan ramai wanita sehingga ada yang menonton berkali-kali rakaman berdurasi 19 saat itu.
Kenapa panjang sangat video ini, lama sangat sesat di sini.
“Sudah 10 jam di sini, tak jumpa butang scroll,” seloroh peminatnya.
