45
TIGA tahun menjalin hubungan, aktor Brad Pitt belum bersedia melangkah semula ke alam perkahwinan atau melamar kekasihnya, Ines de Ramon.
Sumber memaklumkan pelakon berusia berusia 61 tahun itu enggan bergelar suami kepada pereka perhiasan popular terbabit disebabkan trauma perkahwinan terdahulu.
“Memang setiap kali topik rumah tangga disebut, Brad akan cuba mengalihkan perbualan kepada hal lain.
Kadangkala dia sengaja membuat lawak berkaitan pengalaman perkahwinannya yang dulu. Tapi jelas dia masih trauma,” katanya.
Perceraian pelakon 12 Monkey itu dengan aktres sensasi, Angelina Jolie nyata meninggalkan parut sekali gus, membuatkannya meragui ikatan perkahwinan. – HIBGLAM