Mana nak cari macam Vida, bidadari syurga – Fazley

SANGGUP batalkan urusan kerja dan terbang pulang dari China demi insan tersayang.

Itu pengorbanan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) yang menyentuh hati penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob apabila kekasihnya sanggup berada di sisi selepas dia mengalami kecederaan kaki baru-baru ini.

Menurut Fazley, 48, dia tercedera ketika menjalani latihan persediaan sebuah kejohanan badminton sehingga terpaksa dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tengah berlatih untuk kejohanan badminton dan tercedera.

“Saya paling terharu sebab Vida sepatutnya tak ada dekat Malaysia, dia ada di China.

Namun dia pulang awal bukan untuk sokong Anugerah Melodi Terhangat saja tetapi sebab nak teman saya jalani pemeriksaan doktor,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bukan sekadar pulang mengejut, Vida turut bertindak pantas membatalkan komitmen lain yang telah dijadualkan demi menemaninya.

“Betul, masa itu jiwa tengah tak tenang, sebab tak jumpa, jadual masing-masing sibuk.

Ketika saya terpelecok Vida tengah ada penggambaran juga. Dia tinggalkan program itu dan datang tengok saya,” katanya lagi.

Layanan istimewa dan teliti yang diberikan membuatkan Fazley melabelkan pemilik nama Hasmiza Othman itu bagai ‘bidadari syurga’.

“Saya rasa dia sangat ‘sweet’. Suapkan makan dan basuhkan tangan. Ya Allah, terima kasih sayang.

Sekarang ini memang dia tengah jaga saya, sanggup balik awal, tinggalkan program. Mana nak cari orang seperti itu, bidadari syurga,” ujarnya.

Sementara itu, Vida mengakui amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai insiden menimpa Fazley.

Jelasnya, dia tidak menyangka kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang merindui Fazley.

“Terkejutlah! Saya terfikir kenapa boleh jadi begitu.

“Tidak kira apa yang perlu dilakukan, saya hanya nak tengok dia.

Sebab waktu itu, tengah rindu dan merajuk, dia sendiri pun tidak tenang kemudian tiba-tiba jatuh ketika main badminton,” katanya lagi.

Terdahulu, Kisah cinta Fazley dan Vida hangat diperkatakan ramai selepas kedua-duanya akrab selepas menyertai program Talk To My Manager 2.

Hubungan mereka mendapat restu anak-anak malah merancang untuk ke jenjang pelamin.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok