SELEPAS Bidaah mencipta fenomena menerusi watak Walid lakonan Faizal Hussein, Viu Malaysia kembali dengan buah tangan baharu iaitu Pabila Dia Tersenyum.
Membariskan Alya Iman, Amir Ahnaf dan Adam Lee sebagai teraju utama, naskhah ini berjaya meledak sehingga menjadi buat mulut ramai dalam media sosial terutama TikTok.
Baru ditayangkan enam episod, drama tersebut berkisarkan Ellina lakonan Alya yang dalam usaha menjejaki ibu kandungnya dan dalam tempoh tersebut dia bertemu Zuhayr (Amir) serta Daniel (Adam) selain berdepan dengan pelbagai konflik.
Namun, selain jalan cerita, ramai penonton dalam kalangan wanita terpukau dengan ketampanan Adam dalam drama tersebut.
“Makin kacak Adam, nasib baik suami orang.
Untuk drama kali ini, Kahar (Amir) kalah dengan Adam. Maaf.
“Drama ini ada ‘vibe’ sinetron tapi Adam Lee memang buat aku tersenyum seorang diri,” usik netizen – HIBGLAM