TAHUN 2024 menyaksikan beberapa nama yang memeriahkan industri hiburan Korea Selatan terutama dalam kalangan pelakon wanita muda.
Rata-rata semakin menyerlah dengan bakat dan karisma sebagai bintang sekali gus bersaing secara sihat bagi merebut hati peminat.
Masing-masing memiliki perjalanan karier yang unik, malah ada bermula sebagai idol sebelum menceburi dunia lakonan dan terus mengukir nama sebagai pelakon.
Kali ini, HibGlam bawakan lima aktres muda yang sedang mencipta nama dalam arena lakonan dan bakal menjadi penghias pelbagai drama Korea akan datang.
Jung Chae-yeon
JUNG Chae-yeon merupakan antara pelakon wanita yang kerap menghiasi televisyen dengan naskhah popular.
Siapa sangka, aktres berusia 27 tahun itu sebenarnya debut sebagai anggota kumpulan DIA pada 2015 selain menyertai program realiti Produce 101.
Pada 2016, dia bersama kumpulan projek I.O.I dan aktif dalam arena lakonan.
Terbaharu, artis di bawah naungan BH Entertainment itu membawakan watak sebagai pelajar sekolah menengah yang ceria dan menyayangi keluarga dalam drama Korea Family By Choice.
Kim Se-jeong
SENTIASA memukau dengan mutu lakonannya, kali ini Kim Se-jeong kembali menyapa khalayak dengan drama terbaharu berjudul The Moon Flows In This River.
Sebelum ini, pelakon berusia 29 tahun itu meraih pujian menerusi siri Brewing Love, The Uncanny Counter dan Business Proposal.
Sama seperti Ye-eun, Se-jeong merupakan anggota kumpulan I.O.I dan menyertai program realiti Produce 101 pada 2016.
Dia kemudian menjadi vokalis GUGUDAN selepas I.O.I dibubarkan.
Se-jeong kini serius mengembangkan karier lakonan apabila GUGUDAN berkubur pada 2020.
Lakonannya yang luar biasa selain imej ceria sangat sesuai dengan watak itu sehingga menjadi perhatian umum.
Chae Won-bin
MEMULAKAN debut sebagai pelakon pada 2019, Chae Won-bin mencuri perhatian ramai menerusi projek drama berjudul Doubt (2024).
Pada tahun sama, wanita berusia 24 tahun itu membintangi drama Sweet Home musim ke-3.
Pada 2023, Won-bin melakar sejarah peribadi apabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Dalam Drama di 2023 KBS Drama Awards menerusi Love Attack.
Shin Ye-eun
NAMA Shin Ye-eun bukan lagi asing buat pencinta K-Drama. Pelakon berusia 27 tahun itu juga sering menghiasi drama terkenal Korea Selatan.
Popularitinya sebagai pelakon bermula pada usia apabila membintangi drama The Glory.
Pada 2024, Ye-eun kembali menemui peminat menerusi drama Jeongnyeon: The Star Is Born anak seni serba boleh.
Tidak hanya drama, anak jati Anyang, Gyeonggi-Do, Korea itu menjadi sebutan ramai apabila mempamerkan lakonan hebat dalam filem Secret: Untold Memory yang ditayangkan pada 28 Januari lalu.
Han Ji-hyun
TAHUN 2024 menjadi tahun produktif buat si jelita Han Ji-hyun.
Sebelum ini pada 2020, Ji-hyun pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Baharu Terbaik di acara 2021 SBS Drama Awards.
Namanya semakin dikenali sehingga dipilih memegang watak utama drama Cheer Up pada 2022.
Pelakon berusia 29 tahun itu terus mencuri perhatian menerusi drama No Gain No Love, Spice Up Our Love dan Face Me. – HIBGLAM