Angelina Jolie hidup nomad, tinggalkan Amerika Syarikat

AKTRES, Angelina Jolie mengesahkan mahu menjalani kehidupan secara nomad di luar
Amerika Syarikat selepas keenam-enam anaknya kini dewasa.

Jolie, 51, berkata, perubahan itu menandakan berakhirnya satu fasa penting selepas
bertahun-tahun menetap di Los Angeles demi membesarkan permata hatinya.

Jolie turut menafikan tanggapan dia hanya mahu berpindah dari Los Angeles ke New York,
sebaliknya merancang menghabiskan lebih banyak masa dengan mengembara serta menetap
di negara lain.

“Lebih banyak berada di luar Amerika Syarikat. Cuma saya sebenarnya tidak merancang
memiliki (membeli hartanah) di satu tempat,” katanya.

Menurut bintang filem Maleficent itu, dia masih ingin memiliki sebuah rumah sebagai tempat
berkumpul dan menyimpan kenangan serta barangan berkaitan keluarga, namun selebihnya
mahu menjalani kehidupan nomad.

Dalam pada itu, Jolie turut merancang memperluaskan perniagaan kreatifnya, Atelier Jolie, ke peringkat antarabangsa bermula dari Brazil selain mengunjungi pelbagai negara bertemu seniman lokal.

Selain kerja kemanusiaan termasuk berkaitan pelarian dan komuniti terjejas akibat konflik, Jolie
juga agresif mengembangkan Maddox Foundation di Kemboja, negara asal anak sulungnya,
Maddox. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok