Elak paparazi, Sandra Bullock sorok anak dalam beg hoki

AKTRES Hollywood, Sandra Bullock pernah berdepan momen getir ketika menjalani
penggambaran filem Gravity sekitar tahun 2013 apabila bercerai dalam tempoh itu sekali gus
menjadikan kehidupannya kucar-kacir.

Menurutnya, tempoh tersebut merupakan antara fasa paling gelap dan meletihkan apatah lagi
dia juga baru mengambil seorang anak angkat, Louis, yang kini berusia 16 tahun.

Bullock mendirikan rumah tangga dengan personaliti televisyen, Jesse James pada 2005,
namun perkahwinan mereka berakhir lima tahun kemudian selepas beberapa wanita mendakwa mempunyai hubungan sulit dengan suaminya itu.

Sewaktu dia berdepan kemelut rumah tangga dan perhatian media semakin meningkat, aktres
itu terpaksa menyembunyikan bayinya daripada lensa paparazi.

Menurut laporan media, anaknya disembunyikan dalam beg hoki dan dia menggunakan tas
berkenaan untuk melindungi Louis kerana tidak ramai mengetahui dia baru mengambil anak
angkat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok